ORANG ramai lari ke luar bangunan semasa gempa di Mexico. -Foto AFP
ORANG ramai lari ke luar bangunan semasa gempa di Mexico. -Foto AFP
AFP

Guatemala City : Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Mexico dan Guatemala semalam yang menyebabkan tiga orang cedera dan kemusnahan infrastruktur, kata pihak berkuasa.

Menurut Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan Mexico, gegaran itu berlaku di sempadan Mexico dan Guatemala yang terletak kira-kira 37 kilometer di barat daya Ciudad Hidalgo, negeri Chiapas.

Gegaran itu begitu kuat apabila turut dialami penduduk di El Savador dan Mexico City.

Ia turut menyebabkan berlakunya runtuhan batu yang menghalang laluan kenderaan di tiga lebuh raya di Guatemala.

“Ia agak menakutkan,” kata seorang penduduk Tapachula, Chiapas, Karla Munoz.

Pada September 2017, Mexico dilanda dua kejadian gempa bumi yang mengorbankan 465 nyawa serta memusnah ribuan struktur bangunan.

Berdasarkan rekod di negara itu, gempa paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1985 apabila ia membabitkan kematian ribuan mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 10:52 AM