CHEN menyuruh anaknya kencing dalam tong sampah di sebuah bas. - Foto Daily Mail
CHEN menyuruh anaknya kencing dalam tong sampah di sebuah bas. - Foto Daily Mail
Agensi

BEIJING: Seorang ibu ditahan polis akibat menyerang pemandu yang memarahinya kerana membiarkan anak lelaki berusia dua tahun kencing dalam tong sampah di atas sebuah bas Dazhi, Hubei.

Rakaman CCTV kejadian Sabtu lalu itu, memaparkan wanita dikenali sebagai Chen membawa anaknya ke tong sampah untuk membuang air kecil disaksikan penumpang lain.

Menurut South China Morning Post, pemandu bas menegur dengan menyatakan dia ‘tidak bertamaddun’ menyebabkan wanita itu berang lalu bertindak menghentak pintu serta menarik baju lelaki terbabit.

Menurut polis, Chen yang marah dengan celaan itu, bertengkar dengan pemandu bas dan menyerang lelaki terbabit ketika bas sedang bergerak.

Pemandu terbabit dilihat berjaya mengawal bas sebelum memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan dan menghubungi polis manakala Chen masih berterusan menyerangnya.

MUCAD mati di pangkuan bapanya selepas terbabit dalam insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.
MUCAD mati di pangkuan bapanya selepas terbabit dalam insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 7:07 PM