RAHAF ketika tiba di Toronto pada 12 Januari lalu. Foto Reuters
RAHAF ketika tiba di Toronto pada 12 Januari lalu. Foto Reuters
Agensi

TORONTO: Gadis Arab Saudi, Rahaf Mohammed al-Qunun, yang mendapat suaka di Kanada selepas melarikan diri daripada keluarganya, kini mula menyesuaikan diri di tempat barunya.

Rahaf, 18, tiba di Toronto pada Sabtu lalu selepas Kanada memberinya suaka atas nasihat agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.

Swafoto diambil Rahaf sehari selepas tiba di negara itu menunjukkannya memakai jaket hitam dan topi tebal bagi melindungi daripada kesejukan cuaca -9 celsius di situ. Cuaca bawah paras beku itu nyata jauh berbeza daripada apa biasa dialaminya, malah gambar itu turut disertai keterangan berbentuk emoji berwajah sedih.

Rahaf menerima sokongan dari seluruh dunia selepas melarikan diri ke Bangkok dan mengunci diri dalam bilik hotel bagi mengelak dihantar pulang ke keluarganya di Arab Saudi kerana didakwa mengancam nyawanya selain memaksanya berkahwin tanpa kerelaannya. Dia kemudian menggunakan Twitter untuk menceritakan masalahnya sebelum diberi status pelarian oleh agensi pelarian PBB, UNHCR.

Walaupun dipuji di seluruh dunia kerana keberaniannya, satu organisasi Arab Saudi yang disokong Riyadh,

Tanpa menamakan Rahaf, Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (NSHR) menuduh beberapa negara luar menghasut wanita muda untuk membuang keluarga mereka.

Ketuanya, Mufleh al-Qahtani menuduh negara yang tidak dinamakan itu serta organisasi antarabangsa mempunyai agenda politik dan ‘menghasut wanita sehingga mungkin menyebabkan mereka jatuh ke tangan penyeludup manusia.’

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 5:22 PM