WANITA Arab Saudi, Rahaf Mohammed al-Qunun yang melarikan diri dari keluarganya daripada didera. FOTO EPA
WANITA Arab Saudi, Rahaf Mohammed al-Qunun yang melarikan diri dari keluarganya daripada didera. FOTO EPA
Reuters / AFP

BANGKOK: Seorang wanita Arab Saudi yang mencari suaka politik di Thailand sudah meninggalkan lapangan terbang Bangkok di bawah jagaan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), kata seorang pegawai Thailand susulan rayuannya enggan di hantar pulang.

“Dia dibenarkan untuk tinggal di sini, dan kini diletakkan di bawah penjagaan UNHCR,” kata ketua imigresen, Surachate Hakparn.

“Dia meninggalkan lapangan terbang bersama UNHCR.”

Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, melarikan diri daripada didera keluarganya, mengurung diri dalam bilik hotel di lapangan terbang di ibu kota ini.

Beliau yang dijadual dihantar pulang menaiki pesawat Kuwait Airways ke Kuwait, pagi tadi, mengurung dirinya dalam bilik dan enggan dihantar pulang sehingga dibenarkan berjumpa dengan UNHCR dan memohon suaka politik.

Pihak berkuasa Thailand menafikan tindakan itu dibuat atas arahan kerajaan Arab Saudi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 11:26 PM