ISRAEL hanya menawarkan bantuan kepada rakyat Syria di sempadannya. FOTO/ARAB NEWS
ISRAEL hanya menawarkan bantuan kepada rakyat Syria di sempadannya. FOTO/ARAB NEWS
AFP

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mengumumkan semalam, ia menamatkan operasi yang memberi bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada orang awam Syria di jajahan Bukit Golan.

Israel memiliki dasar menawarkan bantuan kepada rakyat Syria yang sampai ke sempadannya, berkata ia melakukan tindakan itu tanpa terbabit dalam konflik.

“Bantuan kemanusiaan ditamatkan dengan kembalinya rejim Syria di bahagian selatan negara itu,” kata rejim Zionis dalam satu kenyataan.

Sejak lima tahun lalu, 4,900 orang awam Syria termasuk 1,300 kanak-kanak dirawat di hospital Israel manakala 7,000 lagi di sebuah hospital lapangan berhampiran garisan gencatan Bukit Golan.

Makanan, peralatan perubatan, ubat, khemah, jana kuasa, bahan api dan pakaian disediakan kepada mereka sebagai sebahagian apa yang digelar tentera Israel ‘Operasi Jiran Baik.’

Namun ketika ia menyediakan bantuan sejak wabak konflik meletus pada 2011, Israel secara konsisten enggan menawarkan perlindungan kepada pelarian dari negara dilanda perang itu.

Israel merampas Bukit Golan dari Syria kira-kira 50 tahun lalu sebelum mendudukinya pada 1981, dalam tindakan tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. Ia masih menduduki hampir 70 peratus kawasan dataran tinggi strategik berkenaan.

Zionis berkata, ia menjauhkan diri daripada perang di Syria namun berulang kali menjalankan serangan udara ke atas tentera Presiden Syria Bashar al-Assad dan sekutunya, Hizbullah serta Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 September 2018 @ 12:45 PM