MANGSA dikejarkan ke hospital. FOTO/AGENSI
MANGSA dikejarkan ke hospital. FOTO/AGENSI
Agensi

Beijing: Seorang penunggang motosikal terselamat biarpun tertusuk sekurang-kurangnya 10 batang buluh di seluruh badannya selepas merempuh beca di bandar Ya’an, wilayah Sichuan.

Kejadian pada Isnin lalu menyebabkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan serius pada muka, lengan, perut serta kakinya.

Anggota penyelamat yang tiba membantu mangsa terpaksa mengerat sebahagian buluh sebelum menghantarnya ke hospital.

Beberapa gambar menunjukkan kejadian ngeri itu apabila tujuh anggota bomba berusaha membantunya.

Manakala motosikal mangsa pula kelihatan terbenam ke dalam beca sementara dia terperangkap dalam keadaan berdiri.

Mangsa dilaporkan selamat menjalani pembedahan selepas itu dan dikatakan berada dalam keadaan stabil manakala polis masih menyiasat kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 11:09 PM