Emas yang dilombong di kawasan pergunungan Tibet. - Foto Agensi
Emas yang dilombong di kawasan pergunungan Tibet. - Foto Agensi
AFP

SERAMAI 10 terbunuh dalam pergaduhan membabitkan perlombongan emas di pergunungan Tibet di utara Chad, semalam.

Pergaduhan tercetus selepas penduduk tempatan menghalau pencari emas yang berpusu-pusu datang ke kawasan pergunungan itu.

Menurut sumber pasukan keselamatan, dalam pergaduhan itu pencari emas membunuh tiga penduduk tempatan.

“Penduduk tempatan kemudian menyerang hendap pencari emas menyebabkan tujuh pencari emas terbunuh dan bakinya beredar dari kawasan itu,” katanya,

Penemuan emas di kawasan pergunungan Tibet pada 2012 menarik ramai pelombong persendirian dari Chad dan Sudan.

Namun, kehadiran mereka tidak disenangi penduduk tempatan kerana mengganggu kehidupan mereka.

Pencari emas menggali lubang, memburu haiwan yang menjadi sumber makanan penduduk, menggunakan air yang sukar diperolehi di kawasan itu serta menggunakan merkuri bagi melombong.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 6:05 PM