GABUNGAN gambar menunjukkan empat suspek terbabit dibawa ke mahkamah, semalam. - AFP
GABUNGAN gambar menunjukkan empat suspek terbabit dibawa ke mahkamah, semalam. - AFP
AFP

Madrid: Empat suspek yang ditahan untuk siasatan berkaitan serangan berdarah di dua bandar di Catalonia, Sepanyol, minggu lalu, dibawa ke mahkamah untuk disoal hakim semalam selepas lapan rakan mereka dikenal pasti anggota kumpulan pengganas beroperasi di negara itu dibunuh.

Van polis yang dikawal ketat memasuki pekarangan Mahkamah Kebangsaan - yang mengendalikan kes keganasan - untuk prosiding yang pada akhirnya melihat hakim memutuskan sama ada mereka akan didakwa atas serangan kenderaan yang menyebabkan 15 orang maut dan 120 yang lain cedera, Jumaat lalu.

Lewat Isnin lalu, polis menembak mati suspek terakhir serangan di Barcelona dikenal pasti sebagai warga Maghribi, Youenes Abouyaaqoub yang dilaporkan memakai tali pinggang letupan palsu ketika dibunuh.

Youenes, suspek terakhir dalam kumpulan 12 orang disyaki merancang serangan di Barcelona dan Cambrils, minggu lalu, yang diakui Daish sebagai anggotanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 8:03 AM