Neumann memasuki pejabat Fiamma, kira-kira 8 pagi, dan menembak mati lapan pekerja. - Foto Daily Mail/Agensi
Neumann memasuki pejabat Fiamma, kira-kira 8 pagi, dan menembak mati lapan pekerja. - Foto Daily Mail/Agensi
Agensi

BEKAS tentera berusia 45 tahun dikenal pasti penyerang yang mengamuk di sebuah pejabat di Orlando dan menembak mati lima bekas rakan sekerjanya sebelum membunuh dirinya.

John Robert Neumann Jr memasuki pejabat pembekal bumbung dan kabinet, Fiamma, kira-kira 8 pagi waktu tempatan, menembak mati Robert Snyder, 69, Brenda MontaƱez-Crespo, 44, Kevin Clark, 53, Jeffrey Roberts, 57, dan Kevin Lawson, 46.

Daily Mail melaporkan, Sheriff Daerah Orange, Jerry Demings, berkata lelaki itu yang dipecat April lalu, mempunyai hubungan tidak baik dengan sekurang-kurangnya seorang daripada mangsa.

John Robert Neumann Jr.
John Robert Neumann Jr.

Beliau berkata, Neumann tinggal seorang diri selepas meninggalkan tentera pada 1999.

Demings berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8:03 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian dua minit kemudian, mendapati Neumann sudah mati, bersama tiga mangsa lelaki dan seorang wanita.

Seorang mangsa lelaki dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Hampir semua mangsa ditembak di kepala dan ada yang ditembak beberapa kali.

Tujuh lagi pekerja dalam pejabat itu terselamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 7:57 AM