KONSEP farmhouse atau rumah ladang ala Inggeris  kini semakin digemari (Gambar koleksi Azri Design Architect).
KONSEP farmhouse atau rumah ladang ala Inggeris kini semakin digemari (Gambar koleksi Azri Design Architect).
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BERLATARKAN rona putih dengan padanan elemen kayu di bahagian dalam dan luar rumah, ia menampakkan suasana seakan berada di negara barat.

Konsep 'farmhouse' atau rumah ladang ala Inggeris itu kini semakin digemari, khususnya bagi yang sukakan gaya desa.

Ia menerapkan rekaan dalaman rumah yang hangat dan romantik kerana dekat dengan alam serta kedesaan Inggeris.

Malah turut membabitkan penggunaan papan kayu, papan tulis, barang-barang dari alam semula jadi dan sebagainya.

Pereka Dalaman Azri Design Architect, Farah Najiha Mohamad Yahya berkata, konsep farmhouse menjadikan rumah nampak lebih 'cozy,' 'rustic,' hangat dan tradisional.

Apa yang menariknya, ia juga boleh disesuaikan dgn konsep Inggeris moden.

"Konsep rumah ladang ini lebih memberi tumpuan kepada aspek ketenangan, pencahayaan semula jadi dan juga ruang yang lebih luas .

"Konsep itu banyak mengunakan barangan daripada kayu contohnya kalau di bahagian dapur, pintu kabinet menggunakan kayu nyatoh atau solid wood dan sinki seramik bagi menaikan lagi seri konsep rumah ladang.

"Untuk hiasan dinding pula, pengggunaan dinding kayu shiplap kian popular dalam kalangan penggemar dekorasi berkonsepkan rumah ladang ini," katanya.

BANYAK menggunakan elemen semula jadi, contohnya pemilihan perabot yang berasaskan kayu dan pemilihan aksesori dinding ataupun lantai berasaskan bahan semula jadi.
BANYAK menggunakan elemen semula jadi, contohnya pemilihan perabot yang berasaskan kayu dan pemilihan aksesori dinding ataupun lantai berasaskan bahan semula jadi.

TUMPUAN kepada aspek ketenangan, pencahayaan semula jadi dan juga ruang yang lebih luas .
TUMPUAN kepada aspek ketenangan, pencahayaan semula jadi dan juga ruang yang lebih luas .

Dalam pada itu, konsep rumah ladang ala Inggeris juga banyak menggunakan elemen semula jadi. Contohnya

pemilihan perabot yang berasaskan kayu, aksesori dinding atau pun lantai berasaskan bahan semula jadi.

Dari segi pemilihan warna pula, Farah Najiha berkata, rona yang sesuai digunakan adalah seperti putih, krim dan warna-warna kayu.

Di ruang tamu atau bahagian dapur pula, banyak unsur semula jadi yang boleh digabungkan termasuk kayu dan tembaga bagi mendapatkan impak gaya ladang yang maksimum.

Katanya, elemen utama dalam konsep rumah ladang ala Inggeris adalah kayu. Bagi dekorasi dapur yang lebih moden, disarankan untuk menggabungkan kemasan garisan kontemporari dan inspirasi gaya desa yang selesa.

"Ia kombinasi tepat bagi mereka yang gemarkan rekaan, bukan sekadar menarik namun berfungsi dengan baik.

"Untuk itu Countertop, meja dan lantai kayu paling biasa digunakan dalam menghasilkan dekorasi rumah ladang ala Inggeris, " katanya.

Sementara bilik tidur pula, Farah Najiha berkata, antara warna sesuai untuk konsep farmhouse di ruang privasi itu adalah rona lembut, pastel, putih dan semula jadi.

"Perabot untuk bilik berkonsepkan rumah ladang juga banyak menggunakan elemen kayu, hiasan lukisan cat minyak, lampu gantung dan panel dinding ('wainscoting') yang menjadi trend ketika ini," katanya.

Menurut Farah Najiha lagi, konsep itu juga sesuai digunakan untuk semua jenis ruang termasuk sudut bacaan kerana ia akan membangkitkan emosi tenang dan nyaman ketika membaca.

DEKORASI ruang dapur menarik dengan konsep rumah ladang ala Inggeris.
DEKORASI ruang dapur menarik dengan konsep rumah ladang ala Inggeris.

FARAH Najiha
FARAH Najiha

Pengunaan konsep farmhouse di ruang mencuci pakaian juga menarik kerana gaya itu akan menampakkan kawasan yang lebih luas dengan penggunaan rona cerah seperti putih dan krim.

Selain ruang dalaman, kawasan luar kediaman juga sesuai dihiasi dengan penataan rumah ladang ala Inggeris.

Ia juga sesuai untuk semua jenis rumah tidak kira jenis bertingkat ataupun kayu.

Biarpun lebih sesuai untuk dekorasi rumah keluarga namun tiada salahnya jika golongan bujang mahu menggunakan konsep dekorasi itu.

"Bagi yang ingin menggunakan konsep ini, apa yang boleh saya sarankan adalah beri tumpuan kepada pemilihan tona warna kerana ia penting bagi menyerlah gaya dekorasi rumah ladang.

"Elakkan dari menggunakan rona terang seperti merah ataupun ungu dan beri tumpuan kepada pemilihan perabot, material untuk lantai, dinding serta siling kerana ia penting untuk memberi impak gaya rumah ladang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 7:01 AM