MODERN Farmhouse lebih sesuai untuk pasangan yang lebih muda sehingga pertengahan.
MODERN Farmhouse lebih sesuai untuk pasangan yang lebih muda sehingga pertengahan.
Muhamaad Razis Ismail


SEJAK kebelakangan ini, ramai pemilik di negara ini cenderung mengetengahkan konsep rumah ladang untuk kediaman mereka.

Konsep ini menerapkan rekaan dalaman rumah yang dekat dengan alam dan kedesaan Inggeris termasuk penggunaan perabot berasaskan kayu coklat, warna neutral dan sebagainya.

Ia membuatkan penghuni mahupun pengunjung merasa nyaman dan tenang.

Oleh kerana, konsep ini berasal dari luar negara, agak sukar untuk mendapatkan perabot yang memenuhi idea dekorasinya.

Kini, peminat konsep ini tidak perlu risau kerana peruncit perabot tempatan, Fella Design baru-baru ini melancarkan Koleksi 'Farmhouse' serba baharu dalam kempen menarik untuk menghidupkan semula masa lalu.

Koleksi konsep dalam tradisi gaya Rumah Ladang Amerika yang kekal popular dalam kalangan rakyat Malaysia, menampilkan butang ikonik 'Chesterfield' yang memiliki daya tarikan nostalgia dan antik.

Menariknya Koleksi Farmhouse dibahagikan kepada tiga iaitu Classic Cottage (Kotej Klasik), Rustic Farmhouse (Rumah Ladang Desa) dan Modern Farmhouse (Rumah Ladang Moden), di mana setiap koleksi disusun dengan teliti menggabungkan elemen tradisional dengan kontemporari.

NICOLE Chen.
NICOLE Chen.

Ketua Pemasaran Fella Design dan Fella Urban, Nicole Chen berkata, konsep farmhouse sangat cantik, namun ia boleh kelihatan ketinggalan zaman terutamanya bagi generasi muda.

"Menyedari masalah itu, kami tampil dengan rekaan yang lebih segar dan menarik. Kami ingin memperkenalkan sesuatu yang bertenaga dan baharu pada masa yang sama mengekalkan identiti kami." katanya dalam ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Koleksi Farmhouse Fella Design, Bukit Subang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, konsep farmhouse sangat cantik direka untuk menarik kedua-dua generasi sama ada yang tua mahupun yang muda.

"Koleksi Classic Cottage dan Rustic Farmhouse sesuai untuk golongan pertengahan dan ke atas.

SET meja makan yang sesuai untuk peminat Classic Cottage.
SET meja makan yang sesuai untuk peminat Classic Cottage.

"Manakala, bagi Modern Farmhouse pula ia lebih sesuai kepada pasangan yang lebih muda sehingga pertengahan," katanya.

Tambahnya, Koleksi Farmhouse itu juga seolah-olah mengimbau kembali nostalgia sekitar tahun 80-an dan 90-an mengikut cita rasa masyarakat Eropah serta Amerika Syarikat.

"Kami mendapat pujian menerusi sofa yang boleh disesuaikan mengikut trend negara dan kontemporari dari Amerika serta Eropah.

"Dengan pengalaman selama 38 tahun bertapak dalam industri perabot, Fella Design begitu teliti dalam menyusun koleksi ini," katanya.

FELLA Design menampilkan sofa dengan rekaan yang unik dan menarik.
FELLA Design menampilkan sofa dengan rekaan yang unik dan menarik.

Beliau berkata, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat koleksi ini yang disusun letak seolah-olah berada di dalam rumah sebenar.

"Pelanggan boleh menjangkakan pengalaman membeli-belah yang menarik.

"Untuk permulaan koleksi ini boleh dilihat di sini (Ibu Pejabat Fella Design di Bukit Subang) dan di cawangan Fella Design di Perai, Pulau Pinang sebelum akan diperluaskan ke cawangan lain di seluruh negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 6:20 AM