CHEN ketika diemui di Fella Design di Bukit Subang.
CHEN ketika diemui di Fella Design di Bukit Subang.
Rosyahaida Abdullah


PENERAJU sofa kediaman terkemuka, Fella Design melancarkan Fella Urban, jenama baharu menggantikan Urban Culture di bawahnya yang menyasar cita rasa lebih segar untuk golongan muda.

Mengetengahkan reka bentuk lebih moden dan kontemporari, Fella Urban tampil dengan empat konsep berbeza iaitu Scandinavian, Contemp Chic, Wood & Steel dan Ethnic.

Pengurus Jenama Fella Urban, Nicole Chen berkata, kemajuan industri perabot yang berkembang pesat dengan permintaan terhadap pasaran itu juga kian dibanjiri orang muda, Fella Urban tampil mewakili Fella Design untuk menawarkan inovasi lebih bersesuaian dengan cita rasa semasa dan masa depan.

"Fella Urban adalah jawapan kepada permintaan terhadap reka bentuk lebih muda, segar, terang dan bertenaga untuk pembeli hari ini.

"Ideanya bukan sekadar untuk menjual perabot yang hebat, tetapi juga dengan objektif membantu pelanggan mengenal pasti pilihan reka bentuk mereka melalui penghasilan rekaan yang cukup teliti.

"Matlamat kami untuk berkongsi minat dan cinta kami yang cukup mendalam terhadap inovasi ini dengan semua orang," katanya.

Fella Urban menyasar pemilik rumah kecil yang baharu berkeluarga dengan pilihan reka bentuk yang lebih mesra ruang kecil tanpa berkompromi dengan konsep kontemporari yang diketengahkan.

Dilancarkan di ibu pejabat Fella Design di sini, pelbagai acara diatur termasuk bengkel ceramah panduan gaya (hiasan dalaman) oleh kurator Fella Urban.

"Fella Urban akan turut menemui pelanggan di cawangan Bukit Subang dan Ampang dengan pelbagai promosi pembukaan menanti," tambah Chen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 7:00 AM