PEMASANGAN langsir menjadi nilai dekorasi kediaman.
PEMASANGAN langsir menjadi nilai dekorasi kediaman.
Hafiz Ithnin


APABILA memasuki rumah baharu pastinya elemen hiasan dalaman yang begitu praktikal serta penting adalah langsir kerana ia mempunyai pelbagai fungsi kepada si penghuni kediaman.

Ketika ini juga terdapat pelbagai jenis langsir dijual di pasaran pada harga yang murah sehinggalah ribuan ringgit.

Sebenarnya, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa fungsi langsir:

1. Privasi

Apabila anda berada di dalam rumah pastinya terdapat masa tertentu yang menginginkan rasa privasi supaya orang di luar tidak mampu melihat anda di dalam rumah terutama di dalam bilik menerusi cermin tingkap. Apatah lagi jika rumah anda mempunyai cermin tingkap yang luas.

Penggunaan langsir sudah semestinya dapat membantu anda menikmati aktiviti di dalam kediaman sendiri tanpa boleh dilihat orang dari luar.

Ketika ini terdapat pelbagai jenis langsir yang mempunyai fungsi hampir tidak boleh menembusi cahaya apabila ada memasangnya. Jadi, pastikan langsir yang dipasang itu mampu memberi nilai privasi kepada si penghuni kediaman.

RUANG privasi dapat dijaga dengan adanya langsir.
RUANG privasi dapat dijaga dengan adanya langsir.

2. Keselamatan

Bagi mereka yang tinggal di kediaman jenis teres khasnya, pemasangan langsir adalah perkara yang paling utama demi keselamatan.

Perkara ini kerana pemasangan langsir boleh mengelakkan orang dari luar untuk tidak mengetahui keberadaan anda di dalam rumah. Terutama ketika keluar bekerja dan pada sebelah malam.

Jadi, jangan abaikan pemasangan langsir demi keselamatan anda sekeluarga.

3. Mengelakkan habuk

Memandangkan langsir sering kali dipasang di tingkap, ia juga menjadi benteng utama di dalam kediaman supaya tidak berhabuk.

Apatah lagi, jika kediaman anda berada di kawasan yang menjadi laluan kenderaan yang banyak. Sudah tentu habuk dari luar mudah untuk masuk ke dalam rumah.

Pastikan anda memilih jenis langsir yang mampu menghalang habuk masuk menerusi tingkap dengan pemilihan tekstil yang betul.

LANGSIR menghindarkan orang di luar rumah melihat keadaan di dalam kediaman.
LANGSIR menghindarkan orang di luar rumah melihat keadaan di dalam kediaman.

4. Elak barangan dalam rumah nampak pudar

Fungsi lain langsir juga adalah bagi menghalang cahaya matahari menembusi terus ke dalam rumah. Apabila anda memasang langsir pastikan ia mempunyai kualiti yang mampu menjadikan cahaya matahari yang tidak begitu terang ke dalam kediaman kerana ia boleh menyebabkan barangan menjadi pudar terutama perabot yang mungkin sensitif dengan cahaya matahari apabila terkena setiap hari.

PEMILIHAN jenis langsir penting bagi memastikan pancaran matahari tidak terus kepada barangan di dalam rumah.
PEMILIHAN jenis langsir penting bagi memastikan pancaran matahari tidak terus kepada barangan di dalam rumah.

5. Dekorasi

Tidak dinafikan apabila anda memasang langsir boleh menjadikan kediaman kelihatan lebih menarik kerana ia mempunyai nilai kecantikan tersendiri.

Malah, jika anda bijak memilih warna dan tekstur yang sesuai dengan konsep kediaman, ia boleh menjadikan kediaman anda kelihatan lebih menarik.

Tidak sekadar itu, langsir juga boleh membantu menjadikan pemandangan di dalam kediaman kelihatan lebih tinggi apabila ia dipasang menghampiri siling.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2024 @ 6:20 AM