TIDAK memasukkan perabot yang banyak di dalam kediaman menjadikan ruang kediaman tidak kelihatan padat.
TIDAK memasukkan perabot yang banyak di dalam kediaman menjadikan ruang kediaman tidak kelihatan padat.
Hafiz Ithnin

KREATIVITI dalam menyerlahkan penampilan ruang kediaman tentunya membuatkan penghuninya lebih selesa selain tampak eksklusif.

Apatah lagi, dekorasi pada setiap ruang sering dikaitkan dengan personaliti pemiliknya.

Menerusi pelbagai maklumat di hujung yang mudah didapati dalam teknologi maklumat, anda bebas mencipta kelainan pada ruang kediaman anda. Ruang yang sempit juga tampil luas.

Di sini terdapat beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk diketengahkan. Ayuh, cabar kreativiti anda!

MENGGUNAKAN rona putih pada dinding membantu memantulkan cahaya di dalam kediaman.
MENGGUNAKAN rona putih pada dinding membantu memantulkan cahaya di dalam kediaman.

1. Cat warna lembut

Secara teknikalnya akan membantu sesebuah kediaman bukan sahaja nampak tenang malah membantu menjadikan satu ruang itu kelihatan lebih luas.

Antara warna lembut yang boleh diaplikasikan pada rona dinding anda seperti putih, biru cair dan hijau cair.

Warna-warna lembut ini juga membantu menjadikan pantulan cahaya lebih luas berbanding menggunakan warna gelap untuk dicat pada permukaan dinding.

PERABOT pelbagai fungsi menjimatkan ruang.
PERABOT pelbagai fungsi menjimatkan ruang.

MEMASANG langsir sehingga mencecah siling menjadikan kediaman nampak tinggi.
MEMASANG langsir sehingga mencecah siling menjadikan kediaman nampak tinggi.

2. Perabot dan aksesori tidak perlu sarat

Memandangkan kediaman tidak begitu besar apabila terdapatnya perabot atau aksesori berskala besar dan penuh akan menjadikan ruang di dalam kediaman tampak semakin kecil.

Pilih perabot yang hanya sesuai untuk digunakan oleh isi rumah sahaja.

Contohnya anda tinggal berdua tidak perlu mempunyai set sofa untuk memuatkan sehingga lima orang kerana kediaman itu anda yang akan menghuninya bukannya tetamu yang datang pergi!

3. Perabot pelbagai guna

Ketika ini terdapat pelbagai inovasi perabot yang dijual di pasaran dengan pelbagai guna. Tidak lagi jika meja itu fungsinya sebagai meja sahaja tetapi terdapat ruang menyimpan di bawahnya yang lain.

Apabila menggunakan perabot pelbagai guna anda dapat menjimatkan ruang kediaman seperti di ruang tamu dan bilik tidur.

MEMPUNYAI cermin tingkap yang besar membantu menampakkan kediaman yang luas.
MEMPUNYAI cermin tingkap yang besar membantu menampakkan kediaman yang luas.

4. Cermin

Kediaman yang mempunyai banyak cermin sebenarnya membantu untuk menjadikan ia lebih nampak luas kerana terdapatnya pantulan imej.

Jika tidak percaya anda boleh letakkan sebuah cermin besar di dinding di ruang tamu atau bilik tidur pasti ruang berkenaan nampak lebih luas.

5. Tingkap dan langsir

Tingkap dan langsir adalah elemen penting bagi mengawal kemasukan cahaya dari luar. Jika anda mempunyai tingkap yang besar pilih langsir atau tirai memudahkan cahaya masuk kerana pantulan cahaya yang banyak membantu kediaman nampak lebih luas.

Tambahan, jika ingin memasang langsir pastikan kedudukan rel sehingga mencecah ke siling kerana ia dapat menonjolkan ruang lantai dan siling lebih nampak tinggi.

PENGGUNAAN cermin antara elemen membantu kediaman tampak luas.
PENGGUNAAN cermin antara elemen membantu kediaman tampak luas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2020 @ 6:30 AM