AHMAD Shahriman. FOTO Aiman Farhan
AHMAD Shahriman. FOTO Aiman Farhan
Annisa Nasuha Ismail dan Muhammad Haikal Hakimi Suria Kencana

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad kembali lagi dengan edisi ketiga CIMB Bazar Siberturahim Fesyen Festival untuk menyokong usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bermula 2 hingga 10 Mac di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), di sini.

Acara yang berlangsung selama sembilan hari itu turut menyaksikan pelancaran CIMB SMEBizReady, sebuah rangkaian yang menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu yang sesuai untuk membantu PKS berkembang daripada bantuan kewangan kepada perkongsian strategik.

SMEBizReady menawarkan khidmat pembiayaan komprehensif berpandukan pendigitalan dan teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Komersial dan Transaksi Kumpulan CIMB, Lawrence Loh berkata, CIMB komited untuk menyediakan jaminan pembiayaan kepada PKS melalui pelan khusus tanpa syarat.

"CIMB mengutamakan inisiatif untuk melengkapkan keperluan peniaga PKS dalam pelbagai industri yang akan membantu kemampanan dan jangka hayat perniagaan mereka.

"Kami gembira untuk menjadi pemangkin dalam perkembangan industri kecil sekaligus menyumbang kepada kejayaan peniaga PKS di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, edisi bazar tahun ini memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga tempatan.

"Edisi Bazar Siberturahim tahun ini adalah paling bermakna bagi kami dalam memberikan peluang kepada peniaga tempatan dan pelanggan dari semua lapisan masyarakat.

"Melalui acara ini, CIMB Islamic menyokong sepenuhnya individu dan PKS dalam mencapai potensi mereka melalui solusi seperti SME BizReady," katanya.

Pemegang kad CIMB juga ditawarkan diskaun istimewa sebanyak 15 peratus atas setiap pembelian barangan di Bazar Siberturahim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2024 @ 8:22 AM