CIMB Bank Bhd.
CIMB Bank Bhd.
HM Digital

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) memperkenalkan penyelesaian digital pertama kepada pelanggan iaitu proses pembukaan akaun individu serta Biz Financing Portal untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penyelesaian tanpa kertas disasarkan untuk menjadikan tawaran perbankan CIMB lebih mudah diakses, selamat di samping menyediakan kemudahan dengan memanfaatkan keupayaan digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Ketua Pegawai Strategi dan Reka Bentuk CIMB Group, Gurdip Singh Sidhu berkata, pengenalan inisiatif digital itu berlandaskan normal baharu dalam sistem perbankan dan pembayaran hari ini.

Katanya, inisiatif itu selaras dengan dua teras utama CIMB iaitu Forward23 membabitkan pelanggan, teknologi dan data dengan sasaran untuk mendigitalkan dan menjadikan penawaran produk dan proses lebih mudah.

Pelanggan kini boleh membuka akaun baharu secara dalam talian dengan hanya mengisi e-borang di laman rasmi CIMB.

Selepas itu, mereka boleh menggunakan laluan khas untuk pembukaan e-akaun di cawangan CIMB sebagai langkah terakhir pembukaan akaun.

Katanya, penyelesaian itu sudah dilaksanakan di semua cawangan CIMB seluruh negara dan berjaya mengurangkan waktu pemprosesan hingga 50 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 7:10 AM