CIMB
CIMB

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memperkenalkan penyelesaian pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang inklusif bersama CTOS Digital (CTOS) and Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT).

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan CIMB Group, Effendy Shahul Hamid berkata, kemampanan perniagaan berkait rapat dengan pemerkasaan pelanggan.

"Inisiatif ini menggalakkan usaha terbabit untuk memastikan pelanggan yang mengakses pembiayaan ASB melalui CIMB akan diperkenalkan konsep pengurusan kewangan dan insurans.

"Kami mengambil berat perkara ini sejajar dengan peranan kami untuk membina masyarakat yang inklusif, progresif dan celik kewangan,

"Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan CTOS dan SLMT melalui penyelesaian nilai tambah yang inovatif bagi mempertingkatkan kebolehcapaian dan daya maju dana ASB untuk rakyat Malaysia terutama komuniti M40 dan B40," katanya.

Pelanggan yang melanggan penyelesaian pembiayaan layak menerima Laporan Asas MyCTOS dengan CCRIS secara percuma yang memberikan rumusan kesihatan kredit sepanjang tempoh kempen.

"Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun menarik untuk Laporan & Penilaian Kredit MyCTOS jika mereka memerlukan tinjauan yang lebih komprehensif mengenai situasi kewangan mereka.

"Di samping itu, pelanggan akan menerima perlindungan takaful untuk kemalangan peribadi bagi tempoh 12 bulan secara percuma yang bernilai RM10,000," katanya.

Katanya, faedah takaful ini termasuk kemalangan peribadi RM5,000 untuk kematian atau hilang upaya keseluruhan kekal serta tambahan RM5,000 bagi kematian akibat kemalangan.

Katanya, kemudahan Pembiayaan ASB CIMB menawarkan pembiayaan sehingga RM200,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2023 @ 7:36 AM