Pelanggan Domino’s, Fatin menyertai program ‘Kasih & Piza’ dengan menghantar sendiri hidangan untuk Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad di Kota Damansara yang menempatkan 40 anak yatim.
Pelanggan Domino’s, Fatin menyertai program ‘Kasih & Piza’ dengan menghantar sendiri hidangan untuk Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad di Kota Damansara yang menempatkan 40 anak yatim.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Domino's Pizza Malaysia meneruskan program 'Kasih & Piza' tahun ini melalui agihan lebih 200 set dengan nilai keseluruhan melebihi RM42,000.

'Kasih & Piza' memberi peluang kepada pelanggan untuk berkongsi kasih sayang dan menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Ia menawarkan pelbagai set hidangan yang sesuai untuk dibeli sebagai hidangan mengejut bagi masyarakat yang kurang bernasib baik atau keluarga dan rakan-rakan.

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino's Pizza Malaysia, Singapura, dan Kemboja, Linda Hassan berkata, ia memberi kegembiraan besar untuk mengadakan program ini kerana penting agar mereka yang kurang bernasib baik tidak dilupakan.

"Kami merasakan bahawa dengan berkongsi hidangan piza adalah salah satu cara terbaik untuk memanjangkan kebaikan, terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal.

"Ia benar-benar menggembirakan apabila dapat melakukan perkara ini untuk semua orang. Kami tidak sabar untuk melakukan lebih banyak lagi dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam kenyataan.

Program 'Kasih & Piza' Domino's telah menjadi sebahagian daripada usaha amal sejak Ogos 2020. Program ini membolehkan masyarakat mengambil bahagian dalam memberi dengan cara yang mudah. Ia membolehkan pelanggan memesan lebih awal atau menghubungi mereka yang berada di negeri lain atau jauh dari penerima.

Program 'Kasih & Piza' adalah satu cara untuk sesiapa sahaja mendekati dan berkongsi pengalaman piza Domino's, dengan pilihan set hidangan 'Kasih & Piza' sama ada pakej RM30 (jimat RM27.30), RM50 (jimat RM48.70) dan RM100 (jimat RM110.20).

Semua set 'Kasih & Piza' didatangkan dengan hidangan sampingan seperti Breadstix atau Cinnastix, bersama dengan Roasted Chicken Drummets dan untuk set yang lebih besar ia didatangkan tambahan dengan dua botol minuman ringan 1.5 liter.

Untuk membuat pesanan, gunakan kod promo di www.dominos.com.my pada halaman 'promosi & kupon' menggunakan kod KKP1 (RM30), KKP2 (RM50) atau KKP3 (RM100).

Bagi mereka yang sukakan pengalaman peribadi, set hidangan 'Kasih & Piza' boleh ditempah dalam talian melalui laman web atau aplikasi mudah alih Domino's, dan anda boleh pilih sama ada Potong-Q atau Pandu Ambil.

Ini membolehkan individu menghantar piza kepada orang yang mereka sayangi secara peribadi. Manakala bagi mereka yang memilih pilihan penghantaran dikehendaki memasukkan butiran penuh alamat penghantaran dan Abang Domino's akan menghantarkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 3:20 PM