RASAI 16 jenis piza yang memenuhi selera anda.
RASAI 16 jenis piza yang memenuhi selera anda.

Kuala Lumpur: QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brands) pemegang francais induk Pizza Hut Malaysia memperkenalkan promosi terbaru, Promosi Gegar Rasa Gempak Harga yang menawarkan 16 jenis piza daripada harga serendah RM5 untuk setiap piza atau potongan harga diskaun lebih 50 peratus.

Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, Promosi Gegar Rasa Gempak Harga itu terdapat di lebih 350 restoran Pizza Hut di seluruh negara untuk khidmat bawa pulang saja dari 5 hingga 27 Januari 2015.

“Di Pizza Hut, kami sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada peminat setia kami. Cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan memberikan mereka peluang untuk menikmati semua piza kami pada harga menarik.

“Pelanggan boleh memilih daripada 16 jenis topping lazat, daripada topping kegemaran ramai, Hawaiian Chicken dan Blazing Seafood kepada ciptaan terbaru seperti Meat Lovers Pesto dan pelbagai lagi. Promosi ini pasti memuaskan selera dan juga amat menjimatkan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Pada harga serendah RM5, orang ramai boleh menikmati piza personal (jimat sehingga RM6.80), RM10 untuk piza saiz biasa (jimat sehingga RM14.80) dan RM15 untuk saiz besar (jimat sehingga RM19.80).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:40 AM