ANTARA tetamu yang hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Domino’s.
ANTARA tetamu yang hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Domino’s.
Siti Norhidayah Mohd Yunus

Kuala Lumpur: Domino's Pizza, baru-baru ini melancarkan hidangan baharunya, Piza Cheese Volcano Sate.

Ketua Pemasaran Kumpulan Domino's Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan berkata, diinovasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu sate, Piza Cheese Volcano Sate ini boleh didapati dalam bentuk piza standard dan juga Cheese Volcano.

Linda berkata, piza sate ini akan menjadi hidangan yang paling sesuai untuk menjamu saudara-mara yang akan datang beraya kelak.

"Apabila memikirkan Ramadan atau hari raya, sate adalah antara makanan yang digemari ramai, oleh itu, kami dengan sukacitanya memperkenalkan Piza Cheese Volcano Sate kepada anda," katanya pada Majlis Iftar Bersama Domino's di sini.

Piza Sate baharu ini boleh didapati dalam saiz Regular (biasa), saiz Large (Besar) dan Xtra Large (Ekstra Besar), manakala untuk Piza Cheese Volcano Sate, ia boleh didapati dalam saiz Large (Besar) dan Xtra Large (Ekstra Besar).

Untuk nilai lebih hebat, pelanggan boleh bawa pulang untuk menikmati Piza Sate dan Piza Cheese Volcano Sate dengan potongan harga luar biasa iaitu sebanyak 50 peratus," katanya.

Pada majlis itu, tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional yang lazimnya terdapat pada Ramadan dan hari raya seperti ketupat, lemang, nasi lemak dan sate.

Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan potong rambut percuma untuk kaum lelaki bagi memastikan mereka tampak segak bergaya semasa menyambut hari raya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2024 @ 7:43 AM