FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Agrobank memperkenalkan kempen istimewa dengan menawarkan perlindungan pakej takaful bernilai RM10 juta sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022.

Ia bermatlamat untuk memperkasakan agropreneur wanita Agrobank, bagi kategori perniagaan mikro mengenai kepentingan penjagaan dan perlindungan diri, sementara memikul tanggungjawab terhadap keluarga mereka, dari aspek ekonomi dan sosial.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata,

kempen itu yang dikenali sebagai Kempen Promosi AgroNita memberikan fokus kepada

agropreneur mikro wanita yang mengusahakan perniagaan berasaskan makanan dan pertanian

dan terkesan oleh pandemik Covid-19 serta impak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan

(PKP) pada tahun 2022 dan 2021.

"Kebajikan agropreneur kami dan keluarga mereka adalah sama penting bagi kami. Keadaan ketika pendemik telah menjadi cabaran kepada usahawan untuk memastikan kemampanan perniagaan mereka, terutamanya bagi agropreneur wanita di bawah kategori mikro.

"Selain perniagaan mereka, wanita juga bertanggungjawab memastikan urusan keluarga mereka dijaga

dengan baik dalam apa jua situasi.

"Kami telah menyokong agropreneur wanita secara berterusan dalam pelbagai cara menerusi

pelbagai produk dan inisiatif kami seperti AgroMumtaz dan Agro Farah-i yang dilancarkan ketika

tempoh pendemik pada 2020 dan 2021, dan pada tahun ini kami mengambil satu lagi langkah ke

hadapan dengan menggalakkan mereka agar memberikan keutamaan kepada penjagaan diri

dan perlindungan untuk orang yang tersayang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kempen Promosi AgroNita adalah satu inisiatif Bank untuk mempamerkan penghargaan kepada pelanggan dengan menyediakan perlindungan takaful percuma selama setahun di bawah pelan Takaful Kasih Plus kepada 1,000 pelanggan wanita pertama daripada kategori mikro di Agrobank dengan jumlah tahunan bernilai RM10 juta (RM10,000 setiap seorang).

Kempen ini terbuka kepada usahawan mikro wanita yang menerima sebarang kemudahan

pembiayaan di bawah portfolio kewangan mikro yang menggunakan dana khas daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), Bank Negara Malaysia (BNM) atau mana-mana agensi kerajaan lain bagi tujuan pemulihan ekonomi.

Tempoh kempen bermula 1 Mac 2022 bagi 1,000 pelanggan wanita terawal yang juga usahawan mikro Agrobank.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, kempen ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan tani

wanita daripada kategori mikro agar mampu berdikari dan menjadi wanita yang berjiwa kental

dan pada masa sama mengambil berat mengenai kepentingan penjagaan dan perlindungan diri.

"Mandat kami adalah untuk mendidik pemilik perniagaan mikro dalam sektor pertanian,

terutamanya golongan terpinggir dan kurang mendapat perhatian menerusi pelbagai produk dan

perkhidmatan kami.

"Hari ini menerusi kempen ini, bersempena Hari Wanita Antarabangsa, kami mengambil peluang ini untuk menawarkan sesuatu yang akan memanfaatkan mereka serta keluarga untuk sepanjang hayat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 6:10 PM