HAN menunjukkan aplikasi ShopBack menerusi telefon pintar.
HAN menunjukkan aplikasi ShopBack menerusi telefon pintar.
Bisnes Digital

SHOPBACK Malaysia, pengendali program ganjaran rebat tunai menjangka mencatatkan satu lagi peningkatan pada 2020 dan yakin dapat mengekalkan pertumbuhan sama seperti 2019.

Tahun lalu, syarikat itu mencatatkan pertumbuhan jualan lebih daripada 200 peratus berbanding 2018.

Pengurus Besar Negaranya, Eddy Han berkata, sasaran itu akan disumbangkan daripada peningkatan populariti membeli-belah pintar dalam talian dalam kalangan rakyat Malaysia dan pengukuhan antara muka pada laman sesawang dan aplikasinya.

“Kami gembira untuk memperkenalkan pelanjutan pelayar kami yang dinaik taraf bagi pengguna desktop kami bersempena ulang tahun kelima kami.

ShopBack Button adalah pelanjutan pelayar yang berupaya mengesan laman web yang menawarkan rebat tunai melalui ShopBack apabila pengguna mencari produk. Ia membolehkan pengguna mengaktifkan rebat tunai di laman sesawang pedagang tanpa perlu memasuki laman sesawang ShopBack Malaysia,” katanya dalam kenyataan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 11:17 AM