lai  (kanan) bersama Pengurus Pertumbuhan Pemasaran Kanan Uber Malaysia, Yan Ven Tee menunjukkan aplikasi ShopBack yang kini turut menyenaraikan Uber sebagai salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
lai (kanan) bersama Pengurus Pertumbuhan Pemasaran Kanan Uber Malaysia, Yan Ven Tee menunjukkan aplikasi ShopBack yang kini turut menyenaraikan Uber sebagai salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan.
Syarifah Dayana Syed Bakri

Kuala Lumpur: ShopBack Malaysia, portal beli-belah yang menawarkan ganjaran tunai kepada pembeli mencatatkan jumlah pemberian semula tunai mencecah RM13.5 juta dalam tempoh dua tahun.

Ketua Negara Pasaran Baru ShopBack, Shanru Lai berkata, jumlah berkenaan adalah pencapaian yang membanggakan bagi syarikat pemula memandangkan ia baru beroperasi selama dua tahun di Malaysia.

“Kami mencatatkan jumlah jualan sehingga RM19 juta sebulan dengan pemberian semula tunai paling tinggi dicatatkan adalah RM19,000,” katanya selepas pelancaran kerjasama antara ShopBack dan Uber.

Melalui kerjasama berkenaan, pengguna Uber berpeluang akan menerima pulangan tunai setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan berkenaan yang ditempah melalui ShopBack.

Menurutnya, pihaknya terus giat mencari rakan niaga untuk menawarkan pelbagai kempen menggunakan platform ShopBack dan ia tidak terhad kepada perniagaan berasaskan produk semata-mata.

“Kami akan mempelbagaikan tawaran kepada pelanggan khususnya dalam segmen perkhidmatan.

“Malah, kami juga akan meninjau peluang untuk bekerjasama dengan rakan niaga yang menawarkan perkhidmatan seperti pembayaran bil utiliti, bil telefon atau tempahan tiket penerbangan,” katanya.

Lai berkata, pihaknya menjangkakan kadar pertumbuhan sehingga 20 peratus tahun ini khususnya dengan pertambahan jumlah rakan niaga.

“Setakat ini, terdapat lebih 500 rakan niaga dalam senarai ShopBack dan jumlahnya akan terus meningkat.

“Selain jenama popular dan mendapat permintaan daripada pengguna, kami juga akan terus mencari produk berkualiti bagi memastikan rakan niaga yang dapat memberi komitmen saja terus berada dalam senarai ShopBack,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 6:43 AM