COOLBLOG memperkenalkan perisa baharu iaitu Unicool yang dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml.
COOLBLOG memperkenalkan perisa baharu iaitu Unicool yang dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml.
Sri Ayu Kartika Amri


PETALING JAYA: Coolblog Dessert Sdn Bhd (Coolblog) akan membuka 15 kios baharu menjelang akhir tahun ini menjadikan keseluruhannya 300 rangkaian di seluruh negara.

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Win Zakaria berkata, daripada 15 kios itu, lima adalah francais manakala selebihnya korporat.

Katanya, peruntukan modal yang diperlukan bagi satu kios dianggarkan antara RM100,000 hingga RM150,000.

“Tahun ini, kami akan memberi fokus untuk memperluas lagi rangkaian korporat, berikutan pada masa sekarang 70 peratus rangkaian dimiliki francaisi.

“Kami juga akan memilih lokasi di sekitar hentian rehat dan rawat (R&R) dan merancang untuk membuka kios di stesen minyak terpilih,” katanya pada majlis pelancaran minuman baharu Coolblog, Unicool.

Coolblog memperkenalkan perisa baharu iaitu Unicool yang dijual pada harga RM7.50 bagi saiz 700ml.

Unicool didatangkan dalam tiga perisa berbeza iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle yang diinspirasikan daripada warna pelangi serta kisah dongeng, Unicorn.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 7:05 AM