ABDUL Rahman (dua dari kiri) merasmikan pembukaan Kedai Ayamas kedua di Putrajaya.
ABDUL Rahman (dua dari kiri) merasmikan pembukaan Kedai Ayamas kedua di Putrajaya.

KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas melancarkan cawangan ke-68 yang terletak di Presint 2, Putrajaya.

Ia juga cawangan kedua di daerah ini.

Pengarah Eksekutifnya, Abdul Rahman Md Dawi berkata, pembukaan cawangan terbaharu itu membolehkan peminat ayam panggang boleh menikmati keenakan tiga perisa utama ayam panggang Kedai Ayamas iaitu Percik, Pepper dan Golden.

"Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan sehingga kami berjaya membuka cawangan ke-68.

"Kami bersyukur kerana berpeluang menyantuni masyarakat dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

"Kami memilih Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang dan Pusat Tahfiz Darul Uffa Puchong sebagai penerima sumbangan," katanya.

Menurutnya, pihaknya optimis melebarkan sayap dengan menyasarkan lebih 100 cawangan menjelang 2023 dan kini terdapat 31 Kedai Ayamas dan kios yang dimiliki oleh francaisi.

Di bawah program ini, sokongan penuh diberikan ke atas semua aspek aktiviti perniagaan Kedai Ayamas seperti latihan tenaga manusia, produk dan perkembangan menu, pengurusan kewangan, pemasaran dan promosi serta bekalan produk berkualiti diberikan oleh syarikat kepada francaisi.

Menurutnya, di dalam persekitaran perniagaan mencabar kesan dari pandemik Covid-19, Kedai Ayamas mengambil beberapa langkah untuk memastikan persekitaran yang selamat di dalam kedai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 7:30 AM