PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) memperkenalkan bengkel motosikal bergerak.
PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) memperkenalkan bengkel motosikal bergerak.
Lizam Ridzuan

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamanya di negara ini.

Bengkel dengan konsep cepat dan santai itu menawarkan khidmat penukaran minyak pelincir motosikal daripada Petronas Sprinta yang akan menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata, bengkel daripada kontena bersaiz 20 kaki itu diubah suai dengan imej yang lebih terkini dan bergaya.

“Ia memberi kemudahan dan pengalaman baru dalam suasana santai dan proses penukaran minyak pelincir hanya mengambil masa sekitar lapan minit saja,” katanya pada majlis perasmian bengkel bergerak itu di sini, semalam.

Pada acara sama Petronas juga mengumumkan peraduan Petronas Sprinta Bonanza 2019 yang akan bermula dari 11 Mac hingga 30 September 2019.

Ia menyediakan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk hadiah utama sportsbike Yamaha R6 yang ditukar wajah seperti pasukan MotoGP, Petronas Yamaha SRT.

Hadiah kedua adalah Yamaha R25 serta hadiah bulanan Yamaha Y125ZR. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan dan lokasi bengkel bergerak ini sila layari www.mymesra.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 4:30 AM