DATUK Henry Sum Agong (tengah) diiringi Ahmad Adly Alias (dua kiri) dan Azrul Osman Rani (kiri) bersama minuman kopi ketika melancarkan Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Solaris Putra. FOTO Saifullizan Tamadi
DATUK Henry Sum Agong (tengah) diiringi Ahmad Adly Alias (dua kiri) dan Azrul Osman Rani (kiri) bersama minuman kopi ketika melancarkan Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Solaris Putra. FOTO Saifullizan Tamadi
BERNAMA

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Berhad (PDB) meraikan ulang tahun ke-25 dengan menawarkan kopi dan snek; pemeriksaan kesihatan dan kenderaan; dan baucar diskaun secara percuma kepada pemandu sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pemandu boleh berhenti di mana-mana 150 stesen Petronas yang mengambil bahagian dalam kempen ini dari 29 Januari hingga 30 Januari, serta dari 5 dan 6 Februari.

Sepanjang kempen ini, Bahagian Keselamatan Jalan Raya akan menjalankan program advokasi di lebih 50 stesen untuk berkongsi tip keselamatan jalan raya.

St John Ambulance Malaysia juga akan menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah dan glukosa di stesen terpilih.

Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum perjalanan panjang, PDB juga bekerjasama dengan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd untuk menjalankan pemeriksaan motosikal secara percuma.

Petronas AutoExpert juga akan menawarkan pemeriksaan 18-poin secara percuma di 11 bengkelnya yang terletak di sekitar Lembah Klang dan tiga lagi di Negeri Sembilan untuk pelanggan yang membuat penukaran minyak enjin di bengkelnya.

Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, PDB memandang serius mengenai keselamatan jalan raya.

"Selama 25 tahun, kami menjadi trusted travel partner untuk pelanggan kami melalui hidangan kopi dan makanan ringan percuma dan mengingatkan mereka untuk berehat apabila letih melalui kempen ini. Kami berharap pelanggan kami boleh tiba ke destinasi mereka dengan selamat lalu menyambut perayaan dengan orang tersayang,"katanya.

Nestle Products Sdn Bhd terus menjadi rakan kongsi utama kempen, menyumbang Nescafe Dairy Free Oat dan Nescafe Latte Milk Tea.

Tawaran lain untuk Kempen ini termasuk sumbangan Revive Salted Lemon oleh Etika Sdn Bhd dan gula-gula Dequadin oleh iNova Pharmaceuticals. PDB juga akan menyumbangkan Mesra Chocolate Muffin.

Selain itu, baucar diskaun bernilai RM50 juga akan diberikan sepanjang tempoh kempen.

Shopee Malaysia akan mengedarkan RM18 Ang Pow untuk pengguna baharu serta pulangan tunai 10 peratus syiling untuk perbelanjaan minimum RM65, dihadkan pada 8,000 syiling, untuk pengguna sedia ada.

Grab juga akan memberikan diskaun 2 kali RM10 untuk perkhidmatan GrabMart dengan perbelanjaan minimum RM30 untuk memudahkan beli-belah pada musim perayaan.

PDB juga akan menawarkan RM18 Ang Pow yang terdiri daripada diskaun untuk Setel dan barangan berjenamanya, PRYSM.

Sempena ulang tahun ke-25 Kempen ini, PRYSM juga akan menawarkan baju T 8th F1 World Constructor's Championship yang terbaru pada harga diskaun RM25.

Pemandu juga akan menerima Insurans Personal Accident secara percuma oleh AXXESS bernilai sehingga RM25,000 selama satu bulan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Coffee Break PETRONAS dan stesen yang mengambil bahagian, layari www.mymesra.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 12:08 PM