Bangkitkan derumanmu bersama geng PETRONAS Sprinta
Bangkitkan derumanmu bersama geng PETRONAS Sprinta

RUTIN penjagaan enjin amat penting bagi memastikan prestasi motosikal berada pada tahap maksimum. Tempoh ideal menggantikan minyak enjin adalah berbeza bagi setiap pengeluar dengan kadar purata sekitar 1,500 km sehingga 4,000 km.

Dengan pemilihan minyak enjin yang tepat dan boleh dipercayai, sudah tentu perjalanan ke destinasi lebih lancar.

Namun, bagaimana cara memilih minyak enjin yang bukan sahaja memberikan perlindungan kepada enjin motosikal, tetapi pada masa sama boleh didapati pada harga berpatutan?

PETRONAS Sprinta UltraFlex kini dipertingkatkan dengan formulasi daripada molekul adaptif yang lebih baik dan mampu menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin.

Formulasi terbaru itu sekaligus memanjangkan jangka hayat enjin motosikal.
Teknologi UltraFlex dicipta khas bagi melindungi komponen penting motosikal seperti enjin, klac dan gear.

Malah, ia boleh mengekalkan kekuatan filem, kestabilan dan kelikatan minyak dengan melindungi komponen kritikal enjin daripada suhu dan tekanan melampau.

Selain itu, PETRONAS Sprinta UltraFlex mampu mengurangkan enapan sehingga 55 peratus dan memberi perlindungan enjin 41 peratus lebih tinggi berbanding minyak enjin biasa.

Ketua Pegawai Teknologi PLI, Eric Holthusen berkata, barisan produk PETRONAS Sprinta UltraFlex direka untuk mematuhi piawaian alam sekitar terkini di peringkat global yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti Euro 5 dan Bharat Stafe (BS) VI.

ImageBangkitkan derumanmu dan kuasai segalanya

Prestasi sebenar Petronas Sprinta UltraFlex diuji oleh pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) di GP Belanda dan mencatatkan keputusan memberangsangkan dengan tujuh podium.

Fabio Quartararo pula meraih gelaran ‘Rookie of The Year 2019’ setelah menduduki tempat kedua pada perlumbaan Grand Prix Jepun musim lalu dan secara keseluruhannya pasukan PETRONAS Yamaha SRT mendahului klasifikasi ‘Independent Team’ dengan kelebihan 58 mata.

Terbukti kehebatannya menerusi ujian sebenar di litar, PETRONAS Sprinta UltraFlex lantas disesuaikan dengan situasi tunggangan, keadaan dan situasi di jalan raya.

ImagePETRONAS Sprinta UltraFlex F900 dan F700

Untuk pengetahuan anda, PETRONAS Sprinta UltraFlex berada di pasaran sejak pertengahan November di semua kedai Mesra PETRONAS dan bengkel rakan niaga PETRONAS seluruh negara dan boleh didapati dengan harga bermula RM15 hingga RM67 sebotol.

Selain Malaysia, PETRONAS Sprinta UltraFlex turut dipasarkan di India dan Thailand pada suku pertama 2020 dan seterusnya diikuti Indonesia dan Vietnam.

Terdapat empat varian minyak daripada Sintetik Penuh dengan pilihan F900-10W-50 dan F900-10W-40 serta separa sintetik melalui F700 SAE 15W-50 dan F700 SAE 10W-10.

PETRONAS turut menawarkan rangkaian minyak mineral dan separa sintetik skuter yang dijual pada harga RM15 sehingga RM33.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PETRONAS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 4:18 PM