MODEL menunjukkan minyak enjin motosikal, Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex yang dilancarkan hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH
MODEL menunjukkan minyak enjin motosikal, Petronas Sprinta dengan teknologi UltraFlex yang dilancarkan hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH
Lizam Ridzuan


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melalui anak syarikatnya, Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) memperkenalkan minyak enjin motosikal Sprinta baharu dengan teknologi UltraFlex.

Ketua Pegawai Operasi PDB, Aadrin Azly berkata, minyak itu diuji prestasinya di dalam perlumbaan MotoGP bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) sejak Jun lalu di GP Belanda.

“Ia kini ditawarkan untuk kegunaan orang ramai yang diformulasi untuk penunggang dan motosikal dalam pelbagai situasi keadaan jalan.

“Pada masa sama, ia memberi perlindungan menyeluruh terhadap enjin,” katanya ketika majlis bersama media di Petaling Jaya, hari ini.

Selain meningkatkan prestasi enjin termasuk pada RPM tinggi, ia membantu mengurangkan enapan serta memenuhi piawaian alam sekitar global seperti Euro 5 dan Bharat Stage (BS) 6 di India.

Petronas Sprinta ditawarkan dengan empat varian minyak daripada Sintetik Penuh dengan pilihan F900-10W-50 dan F900-10W-40 dijual pada harga RM67 untuk setiap 1 liter.

Minyak Sprinta separa sintetik melalui F700 SAE 15W-50 dan F700 SAE 10W-10 dijual pada harga RM35 dan akan berada di pasaran pada pertengahan November hadapan.

Petronas turut menawarkan rangkaian minyak mineral dan separa sintetik skuter dijual pada harga RM15 hingga RM33.

Selain Malaysia, ia turut dipasarkan di India dan Thailand pada suku pertama 2020 dan seterusnya diikuti Indonesia dan Vietnam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 8:00 PM