Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh pada sidang media pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim & Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019. FOTO Azhar Ramli
Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh pada sidang media pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim & Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019. FOTO Azhar Ramli
Oleh Nurhayati Abllah


HARGA hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia yang kini mencecah nilai sebanyak RM29.47 bilion.

Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata, trend penyusutan itu dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkatan kadar pembelian rumah.

"Trend penurunan harga rumah bermula sejak 2016 pada kadar satu hingga lima peratus bergantung kepada faktor lokasi serta nilai hartanah di kawasan itu.

"Harga rumah terus merosot disebabkan kadar pembelian yang kurang, dipengaruhi beberapa faktor antaranya ketidakmampuan kewangan pembeli, kesukaran mendapatkan pinjaman dan kelemahan elemen nilai tambah hartanah terbabit seperti kekurangan kemudahan pengangkutan dan jaringan lebuh raya yang baik," katanya pada taklimat media liputan pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim & Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019, di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Rahim&Co, Tan Sri Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.

Berdasarkan laporan syarikat perunding hartanah itu, terdapat 149,889 transaksi bernilai RM67.74 bilion dicatatkan pada separuh pertama 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 4:39 PM