RAFIQ
RAFIQ
Azzman Abdul Jamal

Kuala Lumpur: Media Prima Digital menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rev Asia Holdings Sdn Bhd (Rev Asia) memeterai perjanjian bersama syarikat media digital berpusat di Amerika Syarikat (AS), Ziff Davis LLC untuk mengendalikan operasi Mashable Southeast Asia untuk audien di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Mashable, jenama di bawah Ziff Davis sejak 2017 adalah media global dan jenama hiburan berbilang platform yang mencecah 70 juta pelayar kandungan unik bulanan di seluruh dunia termasuk pengikut media sosial seramai 28 juta orang.

Pengiklan yang komited menjadi rakan rasmi kepada laman Mashable baru di Malaysia termasuk Digi Telecommunications.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, syarikat teruja bekerjasama dengan Mashable.

“Kerjasama ini akan mempercepatkan pertumbuhan hasil digital kami dalam pasaran utama lain di Asia Tenggara,” katanya di sini, semalam.

Pengarah Urusan Rev Asia, Tze Khay Voon berkata, pihaknya berbangga dapat memeterai perjanjian perkongsian merentasi rantau dengan salah sebuah jenama kandungan teknologi, digital dan hiburan dalam talian yang pesat berkembang di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 9:57 AM