SAKSIKAN hiburan OTT MPB menerusi televisyen pintar Samsung.
SAKSIKAN hiburan OTT MPB menerusi televisyen pintar Samsung.
Nurhayati Abllah

Kuala Lumpur: Penyiar kandungan over-the-top (OTT) Media Prima Bhd (MPB), tonton menjalin kerjasama strategik dengan Samsung bagi menyediakan saluran hiburan pertama di rumah menerusi rangkaian model televisyen pintar Samsung 2017/2018.

Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen MPB Airin Zainul berkata, pihaknya teruja memperkenalkan tonton menerusi rangkaian televisyen pintar Samsung bagi membolehkan pelanggan menikmati siaran kegemaran mereka dengan pengalaman menarik.

“tonton akan terus memperkenalkan penambah baikan teknologi baru untuk pengalaman hebat tanpa menimbulkan kerumitan kepada pelanggan ” katanya.

Kerjasama itu dilaksanakan selaras peningkatan digital dan teknologi tonton seperti Chromecast, Android OTT Box dan Camment.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Jun 2018 @ 9:57 AM