Syafiq Kyle (kanan) antara artis tampil dan usaha tonton adalah untuk memperkasakan portal penstriman kata Airin (kiri). FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Syafiq Kyle (kanan) antara artis tampil dan usaha tonton adalah untuk memperkasakan portal penstriman kata Airin (kiri). FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Georgie Joseph


BERIKUTAN sambutan hangat rakyat Singapura tahun lalu, portal penstriman nombor satu Malaysia, tonton dengan kerjasama Singtel menyertai acara karnival bazar Taqwa Celebfest untuk tahun kedua.

Karnival bazar ramadan itu bakal berlangsung mulai esok hingga 20 Mei ini bertempat di Suntec Convention & Exhibition Centre, Suntec City, Singapura.

Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen Media Prima, Airin Zainul berkata ia adalah usaha tonton memperkasakan portal penstriman itu selain promosi kandungan hiburan tempatan di sana.

“Penyertaan itu adalah usaha mempromosikan kandungan hiburan tempatan ke luar negara. Ia juga membuka peluang kepada peminat untuk beramah mesra dan mendekati selebriti kesayangan mereka.

“Menerusi sambutan positif terhadap kerjasama tonton dan Singtel tahun lalu, kami amat yakin lebih banyak peluang bakal dijalinkan pada masa hadapan.

“Kami percaya dengan kerjasama yang strategik, tonton akan terus mengekalkan reputasi sebagai perkhidmatan penstriman terbaik bukan saja di Malaysia malah di seluruh rantau ini,” katanya.

Beberapa artis popular termasuklah Syafiq Kyle, Izzue Islam, Sasqia Dahuri, dan Erma Fatima bakal memeriahkan gerai berkenaan selain membuat kemunculan di atas pentas.

Menerusi kerjasama tonton dan Singtel, peminat di Singapura sudah boleh menikmati drama dan program hiburan Malaysia dengan memuat turun aplikasi pengstriman video Singtel, CAST.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 6:12 PM