Airin  (tiga dari kanan) bersama Kamal  (empat dari kanan) dan Rafiq  (tiga dari kiri) pada program Berkampung Macam VIP.
Airin (tiga dari kanan) bersama Kamal (empat dari kanan) dan Rafiq (tiga dari kiri) pada program Berkampung Macam VIP.
myMetro

Alor Gajah: Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59, portal video nombor satu Malaysia, Tonton menawarkan langganan percuma ‘VIP’ selama seminggu kepada pembaca Harian Metro.

Dikenali sebagai raja drama tempatan, Tonton yang memperkenalkan pakej VIP dengan dua selebriti popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan serta Mia Ahmad dilantik sebagai duta menjanjikan rancangan serta drama lebih padat.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV dan Tonton Airin Zainul berkata, pembaca Harian Metro akan menikmati langganan VIP selama seminggu untuk menonton pelbagai program serta drama.

“Kali ini, sempena sambutan Hari Kebangsaan, Tonton menjalin kerjasama istimewa bersama Harian Metro dengan menawarkan langganan pakej VIP secara percuma selama seminggu.

“Pembaca hanya perlu mendapatkan kod penebusan di muka surat depan Harian Metro yang memaparkan gambar Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad pada 31 Ogos, penebusan perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 10 September,” katanya pada program Berkampung Macam VIP di Desa Balqis, Kuala Sungai Baru di sini, Khamis lalu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali dan Pengurus Besar Tonton, Ben Jern Loh

Airin berkata, pihaknya turut memperkenalkan Tonton VIP dengan pakej langganan eksklusif serendah RM3 sehari untuk mendapatkan akses penuh kepada program drama serta filem secara langsung.

Menurut Airin, pengguna Tonton yang bukan VIP masih boleh menikmati program secara percuma seperti berita, bual bicara dan program bersiaran secara langsung.

“Selain pakej VIP RM3, kami turut menawarkan pelan RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) serta RM96 (setahun) dan ia boleh ditonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video.

“Tonton kini mempunyai lebih 5.9 juta pelanggan dan selepas pembaharuan dilakukan pada April lalu, kami harap berlaku peningkatan dan kami masih meneliti perkembangannya,” katanya.

Menurut Airin, beberapa program eksklusif untuk Hari Kebangsaan turut disediakan seperti Cinta Roller Coaster, Secret Love, Hijab Chic dan Cinta Masam Manis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 9:19 AM