Mazizul Dani


LEBIH 7 juta pengguna tonton di Malaysia akan mendapat akses ke Outdoor Channel Asia iaitu saluran utama yang memaparkan gaya hidup dan aktviti luar.

Pengarah tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Airin Zainul berkata, saluran itu akan ditawarkan bermula awal Oktober 2017.

"tonton telah mencapai kemajuan besar sejak dilancarkan tahun lalu dan memperluaskan perkhidmatannya tahun ini.

"Kami membawa kandungan tempatan dan antarabangsa yang berkualiti kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura melalui perkongsian eksklusif dengan penyedia perkhidmatan lain," katanya ketika pembentangan di Persidangan ContentAsia di Singapura, hari ini.

Airin berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk memperkenalkan tonton, penyiar kandungan OTT Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), ke satu lagi negara serantau sebelum 2018.

tonton adalah perkhidmatan ‘video striming’ pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7 juta pengguna dan pertumbuhan lebih 22,000 ahli mingguan dengan pengembangan ke Singapura dan Brunei, baru-baru ini.

Sementara itu, Outdoor Channel Asia boleh didapati secara global di lebih daripada 45 juta rumah, termasuk hampir 10 juta isi rumah di Asia.

Rancangan utama yang akan dipaparkan kepada pelanggan adalah seperti seperti "Carter's WAR", "Wardens," "Fish Monster Trev Gowdy", "Gold Fever", "Dropped", "Gourmet Wild Alaska", "Madfin Shark" Obsesi Carter Andrews ".

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 11:48 PM