HOMEDECshop bakal menjadi platform beli-belah dalam talian dekorasi rumah paling hangat bagi trend rekaan dan produk rumah terkini.
HOMEDECshop bakal menjadi platform beli-belah dalam talian dekorasi rumah paling hangat bagi trend rekaan dan produk rumah terkini.
HM Digital

Kuala Lumpur: Peminat dan pemilik rumah kini boleh membeli-belah dan menikmati tawaran menarik melalui aplikasi dalam talian Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah (HOMEDEC) iaitu HOMEDECshop.

Aplikasi itu lanjutan kepada pameran HOMEDEC dan kini menjadi platform beli-belah dalam talian dekorasi rumah paling hangat bagi trend rekaan dan produk rumah terkini serta menjadi sumber bagi pereka hiasan dalaman bagi keperluan pengubahsuaian.

Presiden CIS Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim berkata, pihaknya melihat pembangunan baru itu sebagai langkah yang diperlukan ke arah pengalaman bersepadu bagi pemilik dan peminat rumah di mana ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan melaksanakan e-dagang.

“Dalam era digital di mana semua orang bergantung kepada peranti mudah alih masing-masing, pembelian secara dalam talian kini berkembang semakin pantas dan aplikasi HOMEDECshop ini memberi peluang kepada jutaan pelawat dan peminat membeli rumah di luar tarikh pameran,” katanya pada pelancaran aplikasi itu.

HOMEDECshop bakal merevolusikan pengalaman membeli-belah di rumah secara dalam talian dan luar talian di mana pengguna boleh membeli-belah di peranti mudah alih mereka sepanjang masa.

Beliau berkata, pemilik kediaman yang bakal menyambut lebaran juga berpeluang mendapatkan pelbagai produk kediaman melalui tawaran Glamor Raya menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, kempen yang bermula pada 21 Mei hingga 8 Jun ini membolehkan orang ramai menikmati potongan harga RM80 melalui kod promo ‘RAYA80’ untuk satu daftar keluar dengan pembelian minimum RM300 di seluruh lokasi, tawaran ‘syok’ bersama jenama terkenal, resipi raya dan tip dekorasi raya.

“Aplikasi ini membolehkan orang ramai membuat pembelian sementara menanti pameran HOMEDEC seterusnya yang akan diadakan di Persada Johor Bahru pada 27 hingga 29 Julai ini,” katanya.

Orang ramai kini boleh memuat turun aplikasi HOMEDECshop dan alami sendiri pengalaman beli-belah di pautan http://HOMEDECshop.com/appdownload.php.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 10:42 AM