Musim membeli-belah sudah tiba. Ramai juga yang beralih kepada pembelian secara dalam talian terutama apabila tiada masa untuk berkunjung ke kedai.

Pusat beli-belah dalam talian terbesar Asia Tenggara, Lazada turut memudahkan pengguna untuk membeli-belah di kala musim yang sibuk di penghujung tahun ini.

Untuk mereka yang mahu mencari hadiah buat yang tersayang atau sekadar membeli untuk keperluan diri, barangan ditawarkan pusat beli-belah dalam talian ini memang pelbagai. Daripada telefon bimbit, tablet dan pelbagai peralatan elektronik hing­galah produk fesyen, bara­ngan rumah, alat permainan juga peralatan sukan.

Menurut­ Ke­tua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Igor Pezzilli, lebih ramai yang membeli-belah secara dalam talian pada musim cuti ini kerana mereka tidak mahu bergelut dengan kepadatan pengunjung di pasar raya.

"Dengan pelbagai jenis produk yang ditawarkan di bawah bumbung digital, pengguna membeli-belah dengan selesa tanpa perlu keluar dari rumah," kata­nya.

Buat peminat fesyen, keluaran terbaru label fesyen sendiri, LZD, menawarkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang sesuai untuk cuaca tropika. Anda juga mampu membuat kejutan kepada yang tersayang dengan pemberian jenama hebat dari United Kingdom dan Amerika Syarikat, eksklusif di Lazada.

Pusat beli-belah dalam talian ini, www.lazada.com.my beroperasi di In­donesia, ­Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sempena jualan menarik di hujung tahun pada 20 Disember ini, Lazada menawarkan 20 baucar bernilai RM100 setiap satu kepada pembaca Harian Metro.

Hanya jawab soalan berikut dan e-mel jawapan anda kepada [email protected].

Tarikh akhir penghantaran jawapan ialah pada 18 Disember 2014. Baucar sah digunakan sehingga 3 Januari 2015. Jangan lupa sertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang untuk urusan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 5:00 AM