MARTIN raih petak utama kedua musim ini. FOTO AFP
MARTIN raih petak utama kedua musim ini. FOTO AFP
Reuters

Mugello: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Jorge Martin dari Pramac Racing mencipta rekod sepusingan dalam kelayakan di Grand Prix (GP) Itali untuk merangkul petak utama kedua musim ini dan menghalang juara bertahan, Francesco Bagnaia dari Ducati.

Martin bermula meyakinkan pada sesi kelayakan kedua dan mencatat masa terpantas 1 minit 44.504 saat (s) untuk mengatasi catatan Franco Morbidelli 1:44.726s, ditetapkan beberapa minit lebih awal pada Q1.

Bagnaia menduduki tempat kedua terpantas, dengan Maverick Vinales dari Aprilia melengkapkan barisan hadapan.

"Rasanya sangat baik sekali, kami banyak bekerja petang semalam," kata Martin selepas perlumbaan.

"Masa sepusingan ini sangat menakjubkan. Saya fikir untuk esok, kami berada dalam kedudukan yang kukuh."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2024 @ 7:25 PM