QUARTARARO bakal bermula di petak pertama esok. FOTO AFP
QUARTARARO bakal bermula di petak pertama esok. FOTO AFP
AFP

Mugello: Pendahulu MotoGP, Fabio Quartararo akan bermula dari petak pertama buat kali keempat berturut-turut selepas mendominasi sesi kelayakan hari ini dengan melakar rekod baru sepusingan terpantas di Mugello.

Sebelum ini Francesco Bagnaia meraih catatan terpantas sepanjang tiga sesi latihan bebas bersama Ducati termasuk rekod baharu pada sesi latihan bebas ketiga.

Bagaimanapun Quartararo memperbaharui rekod itu pada sesi latihan bebas terakhir dan mengekalkan momentum di sesi kelayakan.

Pelumba Yamaha dari Perancis itu mencatat masa terpantas 1 minit 45.187 saat.

Bagnaia meraih petak kedua ketinggalan 0.230 saat manakala Johann Zarco yang beraksi bersama pasukan satelit Pramac Ducati meraih petak ketiga.

Jack Miller yang memenangi dua perlumbaan terakhir, akan bermula di tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 10:39 PM