MASSA dakwa berlaku ‘penipuan’ ketika GP 2008.
MASSA dakwa berlaku ‘penipuan’ ketika GP 2008.
Agensi

London: Gelaran juara dunia Formula Satu (F1) 2008 milik Lewis Hamilton kini dicabar bekas pelumba Ferrari Felipe Massa.

Pelumba Brazil itu yang tewas dramatik di tangan Hamilton pada pusingan terakhir musim terbabit mengambil tindakan undang-undang ke atas F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan bekas supremo F1 Bernie Ecclestone.

Massa, 42, menuntut ganti rugi berjumlah £62 juta (RM373 juta) yang didakwanya akibat kehilangan pendapatan selepas tidak dinobatkan sebagai juara dunia.

Insiden berlaku ketika Grand Prix (GP) Singapura 2008 apabila Nelson Piquet Jr didakwa sengaja mencipta kemalangan bagi membantu Fernando Alonso yang kemudian menjadi rakan sepasukannya.

Massa percaya jika nahas itu disiasat dengan lebih teliti, dia mungkin menjadi juara 2008 berbanding Hamilton yang menjuarainya dengan kelebihan satu mata.

Hamilton enggan memberi sebarang reaksi ketika media cuba menghubungi wakilnya untuk mendapatkan komen.

Insiden 2008 itu berlaku dua tahun selepas Massa menduduki tangga ketiga dalam carta pemandu F1. Dia gagal meraih gelaran dunia manakala Hamilton selepas itu menambah enam lagi gelaran dunia untuk menyamai pencapaian legenda Michael Schumacher.

Pemandu Britian itu menduduki tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 2007 serta sekali lagi pada 2016 dan 2021 selepas dipintas secara kontroversi pada pusingan terakhir oleh Max Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 11:28 AM