BAPA Verstappen, Jos menyindir Hamilton. FOTO The Express
BAPA Verstappen, Jos menyindir Hamilton. FOTO The Express
Agensi

London: Bapa Max Verstappen menyindir Mercedes kerana kegagalan mereka menewaskan Red Bull di Grand Prix Belanda selepas menyaksikan anaknya sekali lagi menang selepas berjaya memintas Lewis Hamilton.

Malah Jos Verstappen merujuk pertembungan kejuaraan membabitkan dua perlumbaan itu pada 2021 dan mengatakan bahawa pasukan itu 'nampaknya tidak' belajar dari kesilapan mereka.

The Silver Arrows membuat panggilan berisiko untuk menyuruh George Russell menukar tayar baru sebelum kereta keselamatan terpaksa masuk campur dengan Hamilton ketika itu sedang mendahului perlumbaan dan Verstappen di kedudukan ketiga.

Russell membiarkan Hamilton terdedah kepada risiko ketika Verstappen menukar tayar lembut baharu berbanding tayar medium yang dipakai Hamilton.

Ia adalah senario yang sama ketika perlumbaan terakhir Grand Prix Abu Dhabi 2021 di mana Verstappen memintas Hamilton di perlumbaan akhir yang penuh kontroversi dan sehingga kini masih diingati peminat sukan permotoran dunia.

Kemenangan Verstappen ketika itu mengesahkan dia sebagai juara dunia buat kali pertama dalam kariernya dan pelumba berusia 24 tahun itu sekali lagi meraih kemenangan memintas Hamilton di Zandvoort dengan Jos Verstappen tidak dapat menahan perasan mengkritik Mercedes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2022 @ 12:14 PM