Pelumba Williams Racing dari Britain, George Russell. FOTO Agensi
Pelumba Williams Racing dari Britain, George Russell. FOTO Agensi
Agensi

Portimao: Pemandu Williams, George Russell mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara umum susulan kemalangan bersama Valtteri Bottas di Grand Prix Emilia Romagna, semalam.

Russell berkata dia "mengambil tanggungjawab" terhadap risiko yang dihadapinya ketika cuba mengatasi pelumba Finland dari pasukan Mercedes itu.

Tambahnya, dari segi emosi 'dia agak tenang' selepas kemalangan itu.

Russell pergi ke arah Bottas selepas kemalangan membabitkan mereka dan bertindak mengilatkan topi keledarnya dengan tangan selepas dia menerima maklum balas yang tidak baik daripada pesaingnya itu.

Mereka bertembung selepas kenderaan Russell hilang kawalan dalam keadaan litar lembap untuk cuba melepasi Bottas bagi kedudukan kesembilan.

Pengawal perlumbaan memutuskan kedua-dua pemandu tidak boleh dipersalahkan dalam kejadian itu dan tidak mengambil tindakan disiplin.

Selepas perlumbaan itu, Russell menuduh Bottas tidak menyedari mengenai bahaya perlumbaan Formula Satu dan mengatakan bahawa dia mempersoalkan sama ada Bottas akan bertahan dengan cara yang berbeza jika dia berlumba dengan pemandu lain.

Russell membayangi prestasi Bottas apabila dia melakukan penampilan sebagai pelumba gantian bagi Lewis Hamilton di Grand Prix Sakhir dekat Bahrain tahun lalu selepas juara dunia tujuh kali itu berdepan kontak Covid-19, dan mereka antara pelumba yang bersaing untuk tempat di pasukan Mercedes pada 2022.

Russell dalam kenyataan di media sosial berkata ia adalah "hari yang agak malang."

Katanya: "Saya tahu ia adalah peluang terbaik untuk memperoleh mata musim ini dan kadangkala ia akan mengambil risiko kepada pelumba."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 11:52 AM