George Russell pemandu Mercedes pada GP Sakhir minggu lalu. FOTO AFP
George Russell pemandu Mercedes pada GP Sakhir minggu lalu. FOTO AFP
AFP

Abu Dhabi: Lewis Hamilton memulakan latihan dan bersedia untuk kembali kepada Mercedes pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi hujung musim minggu ini.

Namun pelumba Britain itu perlu melepasi ujian kecergasan dan mengesahkan ujian negatif bagi Covid-19.

Juara dunia tujuh kali itu tersisih daripada perlumbaan Grand Prix Sakhir di Bahrain minggu lalu, di mana penggantinya merangkap rakan senegara dari Britain, George Russell memandu dengan baik sebelumk keadaan kelam kabut di pit stop Mercedes.

Russell menamatkan saingan di tempat kesembilan untuk memperoleh mata pertama perlumbaan musim ini.

Hamilton, 35, dijangka diberikan tempoh sehingga Sabtu pagi bagi menentukan tahap kecergasannya, jika diperlukan, dengan pasukan itu akan kekal bersama Russell di keretanya.

Russell dinamakan pada Rabu lalu untuk mewakili Mercedes di pra acara sidang media dekat Yas Marina Circuit pada Khamis.

Belum ada kepastian, bagaimanapun, menjelang perlumbaan bersama pasukan juara - selama tujuh tahun berturut-turut - ia dilihat mahu menebus kehampaan susulan masalah tayar yang dihadapi pada Ahad lalu.

"Kita menuju ke perlumbaan akhir untuk menebus kehampaan selepas perlumbaan mengecewakan di Sakhir, di mana George dan Valtteri (Bottas) terlepas peluang untuk menang," kata ketua pasukan Toto Wolff.

"Masalah di pit stop telah dikenal pasti menerusi intercom dan kami meletakkan langkah-langkah sepatutnya, aspek teknikal serta cara operasi kami supaya ia tidak berlaku lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 12:00 PM