RUSSELL tiba di Arab Saudi menjelang GP Aran Saudi. -FOTO Reuters
RUSSELL tiba di Arab Saudi menjelang GP Aran Saudi. -FOTO Reuters
Agensi

London: George Russell berkata, dia dan Lewis Hamilton menerima layanan sama rata di Mercedes dan menegaskan tidak akan ada arahan dari pasukan sekiranya dia mendahului juara dunia tujuh kali itu.

Russell, 23, berada dalam musim pertamanya sebagai rakan pasukan kepada Hamilton.

Hamilton adalah pelumba Formula Satu (F1) paling berjaya namun Russell yakin status itu tidak bermakna dia akan menerima layanan berbeza di dalam perlumbaan.

"Kami berada di padang permainan yang sama," katanya.

"Tiada arahan dari pasukan, kami menerima layanan yang sama dan mereka (Mercedes) mempercayai kami untuk berlumba secara adil."

Russell memuji sikap saling hormat-menghormati antara dirinya dan Hamilton kerana dia ingin mengikuti jejak langkah pelumba berusia 37 tahun itu dan akhirnya memenangi Kejohanan Dunia.

Bercakap sebelum Grand Prix Arab Saudi hujung minggu ini, Russell menambah: "Kami mempunyai hubungan yang sangat terbuka.

"Saya rasa kerana kami berada di tahap yang sangat berbeza dalam karier kami, akan ada rasa saling hormat-menghormati yang sangat kuat antara kami.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 1:13 PM