Pemandu McLaren, Lando Norris memandu jenteranya pada sesi latihan. FOTO Agensi
Pemandu McLaren, Lando Norris memandu jenteranya pada sesi latihan. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Lando Norris menandatangani kontrak baharu untuk kekal di McLaren hingga hujung 2025.

Norris, 22, antara pelumba yang menyinar pada musim lalu berkata lanjutan kontrak itu memberi pesanan yang cukup kuat mengenai harapannya mengenai potensi McLaren.

Norris berkata: "Kita tahu ia tidak akan berlaku dengan pantas - ada beberapa perkara yang kami perlu perbaiki ketika kita yakin dapat memberi saingan untuk memenangi perlumbaan dan kejuaraan.

Norris berkata dia mengambil keputusan muktamad sekalipun mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain.

Semua pemandu dalam kelompok pasukan utama mempunyai tempoh kontrak yang bakal tamat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, bermakna Norris masih mempunyai peluang memperkembangkan karier bersama pasukan lain.

Di Mercedes, Lewis Hamilton mempunyai kontrak sehingga penghujung 2023 pada masa sama kontrak terkini Max Verstappen bersama Red Bull dimuktamadkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 8:35 PM