PELUMBA McLaren Lando Norris ketika sidang media menjelang Grand Prix Emilia Romagna. FOTO AFP
PELUMBA McLaren Lando Norris ketika sidang media menjelang Grand Prix Emilia Romagna. FOTO AFP
AFP

Imola, Itali: Pelumba Britain yang sedang meningkat , Lando Norris mendedahkan bahawa dia menghantar mesej meminta maaf kepada rakan senegara, Lewis Hamilton kerana menggunakan "kata-kata yang salah" ketika mengucapkan tahniah di atas kemenangannya yang ke-92.

Pemandu McLaren itu berkata, juara dunia enam kali itu mempunyai kereta terbaik dengan beberapa pesaing dan dijangka muncul juara keseluruhan berikutan kejayaannya di Grand Prix Portugal Ahad lalu.

Komennya itu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial.

Bercakap menjelang perlumbaan di Grand Prix Emilia Romagna, Norris berkata: "Saya tidak pernah bermaksud memberi komen seperti itu atau komen di luar konteks dengan cara yang tidak sepatutnya terutama terhadap Lewis.

"Saya melihat reaksi balas dan berasa teruk kerana saya bukan orang sebegitu yang tidak mempunyai rasa hormat jadi saya membuat keputusan pagi ini untuk menulis tweet memohon maaf kepada Lewis dan pada masa yang sama membetulkan keadaan.

"Saya meminta maaf kepada Lewis. Saya tidak pasti sama ada dia tahu mengenai tapi saya tidak bermaksud untuk berkata seperti itu dalam cara yang tidak baik atau memberi tanggapan buruk kepadanya.

"Saya menghormati apa yang dia lakukan dan itu luar biasa. Tidak kira apa pun," kata Norris, 20.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2020 @ 2:32 PM