HAMILTON akui sukar untuk mempertahankan kejuaraan dunia musim ini. FOTO AFP
HAMILTON akui sukar untuk mempertahankan kejuaraan dunia musim ini. FOTO AFP
AFP

London: Lewis Hamilton memulakan pemburuan untuk merangkul kejuaraan dunia kali kelapan minggu ini dengan berdepan cabaran sukar untuk mempertahankan takhta kejuaraan.

Hamilton yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-36 Januari lalu bergelut pada sesi ujian pra musim bulan ini yang didominasi oleh Max Verstappen bersama jentera Red Bull.

Selepas disahkan positif Covid-19 dan terlepas beraksi pada Grand Prix Sakhir tahun lalu, Hamilton kembali beraksi di Abu Dhabi tetapi tewas kepada Verstappan.

Dengan memenangi gelaran pengeluar sebanyak tujuh kali berturut-turut, Hamilton serta rakan sepasukannya, Valtteri Bottas sedar mereka berdepan ancaman sukar musim ini.

"Mereka pasti memberi cabaran berbeza pada tahun ini," kata Hamilton mengenai Red Bull selepas sesi ujian di Litar Antarabangsa Bahrain.

"Mereka nampak meyakinkan dan mempunyai dua pemandu serta jentera yang bagus.

"Selepas menyaksikan mereka memenangi pusingan terakhir musim lalu, anda hanya boleh katakan mereka pasti akan berada di kelompok depan pada perlumban pertama musim ini.

"Mereka pasti memberikan saingan kepada kami sepanjang tahun ini."

Aksi pembuka tirai Formula Satu (F1) akan berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Bahrain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 12:48 PM