MORBIDELLI berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi ujian masa di GP Valencia sebentar tadi. FOTO AFP
MORBIDELLI berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi ujian masa di GP Valencia sebentar tadi. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pelumba Itali, Franco Morbidelli akan memulakan perlumbaan di petak utama Grand Prix (GP) Valencia, manakala Joan Mir yang semakin hampir untuk meraih kejuaraan keseluruhan gagal menggunakan kesempatan terbaik di laman sendiri berikutan aksi kurang bertenaga dalam sesi ujian masa.

Morbidelli dari Petronas Yamaha mencatat masa terpantas kelayakan satu minit 30.191 saat di Litar Ricardo Tormo manakala pelumba Australia, Jack Miller dan wakil Jepun, Takaaki Nakagami menyertainya untuk memulakan perlumbaan di barisan depan.

Mir hanya meraih masa ke-12 terpantas namun dia berasa sedikit lega selepas pelumba Perancis, Fabio Quartararo dan rakan senegaranya, Alex Rins gagal untuk menggunakan kesempatan mencatat masa lebih baik.

Quartararo akan memulakan perlumbaan dari petak ke-11, manakala Rins pula di petak ke-14.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 12:28 AM