Pelumba Petronas Yamaha SRT dari Itali, Franco Morbidelli bersama trofi dimenangi pada saingan MotoGP San Marino. FOTO AFP
Pelumba Petronas Yamaha SRT dari Itali, Franco Morbidelli bersama trofi dimenangi pada saingan MotoGP San Marino. FOTO AFP
AFP

FRANCO Morbidelli memenangi perlumbaan MotoGP San Marino sebentar tadi, ketika Andrea Dovizioso mengambil alih sebagai teraju kejuaraan keseluruhan dari Fabio Quartararo yang terbabas dari perlumbaan.

Kejayaan Morbidelli dari Itali dekat Misano Adriatico, Itali mengatasi rakan senegara Francesco Bagnaia dan pelumba Suzuki dari Sepanyol, Joan Mir adalah kejayaan pertama dalam perlumbaan motosikal kelas elit itu.

"Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya, saya terima semuanya secara terbuka," katanya kepada BT Sport.

"Ia adalah perkara yang baik, perasaan yang lega. Saya sangat gembira, saya menempuhi detik istimewa. Saya hanya dapat katakan terima kasih kepada pasukan serta semua pihak yang telah berkerja sama dengan saya.

Morbidelli pelumba Yamaha SRT mendahului sejak di pusingan pertama, menamatkan perlumbaan hanya dua saat di depan Bagnaia dalam hari perlumbaan yang cemerlang buat pelumba Itali.

Dovizioso enam mata di depan pelumba Perancis, Quartararo bagi saingan keseluruhan.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Valentino Rossi apabila gagal meraih podium MotoGP ke-200 di negara kelahiran sendiri selepas di pintas Mir pada pusingan final untuk menduduki tempat keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 10:04 PM