AKSI  Morbidelli di Litar Twin Ring Motegi.
AKSI Morbidelli di Litar Twin Ring Motegi.
Oleh Saiful Affendy Sapran

DUA pelumba pasukan negara, Petronas Yamaha SRT mempamer tunggangan cemerlang pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Jepun hari ini apabila bakal bermula di barisan depan pada perlumbaan sebenar esok.

Franco Morbidelli meraih petak kedua selepas melakukan catatan sepusingan terpantas 1 minit 45.895 saat (s) manakala rakan sepasukan yang juga rookie musim ini, Fabio Quartararo ketiga dengan catatan 1'45.994s.

Morbidelli hanya ketinggalan 0.132s di belakang juara dunia dari Repsol Honda, Marc Marquez yang meraih petak pertama pada saingan berlangsung di Litar Twin Ring Motegi itu.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah pula sekadar bermula di petak ke-20 bersama jentera Red Bull KTM Tech 3.

Sementara itu dalam saingan Moto2, seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin akan bermula di petak ke-31.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 7:52 PM